HIVE Loyalty Program (Malay)


Salah satu faedah menempah cucian kereta anda dengan Hive ialah setiap cucian kelima anda adalah PERCUMA. Tiada bayaran tambahan untuk menikmati kelebihan ini. Setem cucian percuma juga tidak mempunyai tarikh luput jadi anda boleh mengunakannya bila-bila masa.Tetapi, cucian percuma ini tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.


Sekiranya anda tertanya-tanya, bolehkah cucian percuma ini digunakan di mana-mana peniaga kami? Ya boleh, asalkan servis ditempah melalui aplikasi Hive. Tetapi, sekiranya kereta anda memerlukan servis tambahan, itu tidak termasuk dalam cucian percuma dan anda akan dikenakan caj.


Bagaimana jika saya mempunyai beberapa kereta yang telah didaftarkan dalam Hive? Adakah setemnya eksklusif untuk satu kereta sahaja? Jawapannya, tidak. Setem cucian kereta boleh digunakan untuk mana - mana yang didaftar dalam akaun anda jadi anda bolehlah daftarkan kereta-kereta ahli keluarga anda untuk mengumpul setem.


Jadi, tunggu apa lagi? Tempah la cucian kereta anda sekarang dengan Hive! :)

3 views0 comments

Recent Posts

See All